Tahun
2012 merupakan antara tahun yang agak banyak fenomena samawi yang boleh
disaksikan dari Bumi Malaysia. Gerhana Matahari Separa pada 21 Mei lalu yang
dapat disaksikan oleh penduduk Sabah dan Sarawak, Gerhana Bulan Separa pula
akan dapat disaksikan di seluruh Malaysia.
Walaupun hanya kira-kira 40% sahaja
fasa gerhana maksimum, ia sudah cukup untuk kita menyaksikan fenomena aturan
Allah Subhanahuwataala ini dan mengaguminya dengan syukur dan tasbih, serta
solat, merakamnya untuk tatapan mereka yang lain yang mungkin tidak dapat
menyaksikannnya dek cuaca tidak menentu, amat bermakna sekali. Ayuh nantikan
ketibaan Gerhana Bulan Separa ini pada 4 Jun 2012. Bagi Negeri Terengganu, ia
bermula sebelum Maghrib lagi, namun kita hanya dapat mula menyaksikannya
ketika Bulan terbit di ufuk Timur sekitar waktu Maghrib di Terengganu,
berterusan sehingga tamat sekitar jam 8.08 malam. Solat Maghrib dahulu, kerana
jarang kita dapat lihat Bulan ketika terbit di ufuk, melainkan di tepi pantai
dan tiada awan di ufuk.
Pada
6 Jun 2012 pula, fenomena Transit (lintasan) Planet Kejora di hadapan Matahari
pula akan berlaku bermula sebelum terbit matahari bagi Terengganu. Di Sabah
akan dapat menyaksikan permulaan lintasan, namun di Terengganu, hanya dapat
menyaksikannya telah berada di hadapan Matahari apabila Matahari muncul
(terbit) sekitar jam 6.57 pagi. Cahaya awal pagi memungkinkan kita
menyaksikannya tanpa penapis, tetapi hanya seketika. Fenomena ini hanya boleh dilihat
menggunakan binokular atau teleskop sahaja, kerana saiz planet Kejora yang
kecil berbanding cakera Matahari, DAN DILIHAT MENGGUNAKAN PENAPIS KHAS CAHAYA
MATAHARI (AWAS!). Fenomena lintasan ini berterusan sehingga jam 12.43 tengah
hari di Terengganu.
p/s:ummisu copy dari fb sape ntah..nak gak tgok..cam best aje mnyaksikan kbesaran Allah..
No comments:
Post a Comment