Thursday, January 26, 2012

=)


"Ya Allah. Jika jodoh saya sudah menghampiri nanti, janganlah saya terpaksa membuat banyak pilihan. Temukan sahaja jodoh yang paling serasi dengan saya. Yang bersedia menerima saya seadanya. Mengahwini dan menerima bukan kerana saya semata-mata tetapi sudi menerima apa jua keadaan keluarga. Moga jodoh saya nanti menyayangi mak dan abah sebagaimana saya menyayangi mereka. Moga jodoh saya mengambil berat kebajikan mak dan abah sebagimana saya ingin menjaga kebajikan mereka.
"Biar nanti perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan dua hati malah menjalin kan ukhwah antara keluarga. Bagai isi dengan kuku.
"Ya Allah. Yang paling penting..temukanlah jodoh yang sudi menerima saya sebagai sahabat, kekasih dan isteri. Yang saling kasih mengasihi sehingga akhir hayat nanti. Samada saya atau dia yang sakit atau dipanggil oleh-Mu dahulu, kami akan saling setia sehingga akhirnya kami menemui-Mu - di Firdaus yang satu.
"Ya Allah. Jika ditakdirkan jodoh saya terlebih dahulu memasuki syurga-Mu dan menemui jodohnya 'Si Bidadari bermata jeli'.. Berikan lah saya peluang ya tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau barang seketika dari kejauhan. Sekadar di pinggiran. Cukuplah untuk saya tahu dia telah berada di situ.
aminn...

No comments:

Post a Comment