Sunday, December 12, 2010

10 SURAH –AMALAN HARIAN YANG BAIK DARI RASULULLAH S.A.W


     

1.SURAH AL-FATIHAH
Amalkan mmbaca surah ini semasa hendak tidur diikut dgn mmbaca surah al-ikhlas 3kali,surah al-falaqdan surah an-nas..insya-Allah akan aman tenteram dan jauh dari gangguan syaitan.dianjurkan juga membaca surah ini sbnyak 44 kali untuk mngubati sakit mata,perut,gigi dan lain-lain penyakit dengan izin Allah..Insya-Allah.
Untuk mencegah kemurkaan Allah,bacalah surah ini sebanyak  17 kali sehari iaitu dengan menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam.

2.SURAH YAASIN
Rasululah S.A.W  telah bersabda sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati,dan hati Al-Quran ialah surah YAASIN.dan sesiapa yg mmbaca surah YAASIN nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya.
Surah yaasin juga jjika diamalkan akan mnyelamatkan kita dari kehausan pada hari kiamat.

3.SURAH AD-DUKHAN
Di baca sekali setiap malam jumaat agar kita terselamat dari huru hara padang mahsyar.

4.SURAH AL-WAQIAH
Menurut beberapa hadis Rasulullah,mereka yg mengamalkan membaca surah al-waqiah pada tiap-tiap malam,Insya-Allah tidak akan merasai kepapaan.mereka yang membacanya sebagai wirid,Insya-Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.mereka yang membacanya sebanyak  14 kali setiap selesai solat asar,Insya-Allah akan dikurniakan rezeki yang banyak.
Selepas solat,ambil segelas air dan baca Al-Fatihah sekali,ayatul qursi sekali dan al-Waqiah ayat 35-38 sbnyak 7 kali lalu di tiupkn ke dalam air.Dalam hati niat untuk kcantikan diri  dan kebahagiaan rumahtangga kita.

5.SURAH AL-KAUTHAR
Sesiapa yg mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1000 kali maka Allah akan mnghasilkan hajatnya.
6.SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yg mmbaca surah ini maka bandingannya seperti mmbaca seperempat al-quran disamping terlepas dari syirik,terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.sebelum tidur bacalah surah ini agar kita mati dalam iman dan membersihkan kotoran dalam diri kita.

7.SURAH  AL-MULK
Sebuah lagi surah yg yg mmpunyai fadilat yg amat besar bagi sesiapa yg mengamalkan membacanya.menurut beberapa hadis Rasulullah,ereka yg mengamalkan membacanya akan mndapat shafaat dan keampunan dosa-dosanya.mereka yang membacanya setiap malam,Insya-Allah akan terselamat daripada azab kubur.

8.SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah pernah bersabda kpd saidina Ali r.a.’sesiapa hendak pergi musafir kmudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya ia membaca surah ini sbnyak 11 kali,maka Allah akan memelihara rumahnya sampai ia kembali’.

9.SURAH AL-FALAQ
Barang siapa yg terkena penyakit buatan syaitan atau manusia,hendaklah membaca surah al-falaq dan surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari,5hari atau 7 hari selama berturut-turut.
Barangsiapa yg takut akan kegelapan malam,takot akan godaan syaitan dan kejahatan manusia ,bacalah surah An-Nas dan Al-Falaq sebanyak 100kali.

10.SURAH AN-NAS
Surah ini adalah surah yg terakhir(surah ke-114) dalam al-quran.surah ini termasuk dalam surah makiyah dan isi surah ini menganjurkan manusia memohon perlindungan Allah dari godaan syaitan yg baik yg terdiri daripada manusia dan jin.malah surah an-nas juga adalah sebagai penerang hati.

No comments:

Post a Comment